Thursday, January 5, 2012

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 22 Buat Tengku Nur Shahirah Tengku Hidar Shah




assalamualaikum.....

rasa lama sudah tak menumpahkan tinta ajaib di blog ni...
hehe :)

apa-apa pun sebenarnya
bertujuan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 22
BUAT
TENGKU NUR SHAHIRAH BINTI TENGKU HIDAR SHAH

saya mendoakan agar awak dipanjangkan umur, diperluaskan rezekinya,
berjaya didunia dan diakhirat kelak,
semoga dengan pertambahan umur ini akan mematangkan dirimu
serta berusaha untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik
dari sebelumnya...
semoga bersama-sama kita menjadi hambaNYA yang baik
pada masa haadapan...
dan

semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna buat dirimu


SAYANG AWAK LILLAHITA'ALA SHIRA
MISS U SO MUCH YA UKHTI


TENGKU NUR SHAHIRAH TENGKU HIDAR SHAH











Friday, July 15, 2011

Terima Kasih SITI NUR HASIKIN MARSOM....

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah.......
syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang oleh-NYA untuk berusaha menjadi
seorang hamba-NYA yang lebih baik dari hari sebelumnya....
Pada 13 JULAI 2011 yang lalu maka genaplah sudah usia saya menjadi 21 tahun...
Ribuan terima kasih diucapkan pada semua yang telah memberi ucapan iaitu semua ahli keluarga saya, dan sahabat sekalian.
Saya amat menghargainya..
Sebenarnya intipati bagi "entry" kali ini adalah ucapan ribuan terima kasih daripada saya (HM)
kepada
Siti Nur Hasikin Marsom (SNHM)
...



Siti Nur Hasikin Marsom

Terima Kasih Ikin kerana telah mengutuskan buat saya hadiah yang sungguh bermakna buat saya.. Rasa terharu sebenarnya... Tidak dapat saya nak gambarkan dengan perkataan bagaimana rasa gembiranya saya dengan hadiah pemberian awak itu.... Saya teramatlah menghargainya ya ukhti...jazakillahu khayran ;)


Inilah hadiahnya

Akhir sekali saya berdoa agar persahabatan kita ini akan berkekalan. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak...semoga awak berjaya didunia dan akhirat kelak.... Jaga diri dan iman baik-baik ye sahabat ;)
MAY ALLAH BLESS U SITI NUR HASIKIN ;)

Wednesday, February 2, 2011

Balik Kampung, Tanam Jagung.......

Assalamualaikum......

Ya Saya (HM) ....
Post Yang Terlatest Kali Ini Seperti Yang Di war-warkan Ialah Balik Kampung...
Esok HM Mahu Pulang Ke Kampung ( Teluk Intan) Bersama-sama CIK ATHIRAH MARZAINI.....

Kami Sekeluarga Iaitu Keluarga Latifah & Marzaini Serta Anak-anaknya Akan Berkumpul. Wahh....Bestnya...Tak Sabar Mahu Jumpa Mereka Semua (Mak, Ayah, Angah, Kak Bid, Am & Baz(Sweet Black) ) hihihihi.....



Doakan Perjalanan Pulang Kami Selamat Ye.....
InsyaALLAH Kami Berdua ( HM & AM) Akan Sampai Sebelum Majlis Itu Bermula Ye...

Amin Ya Rabb.....

Ape-ape Pon Tahniah Buat Cik Malyanah Marzaini (MM).....

Akhir Sekali Bagi Mengakhiri Post Ini
Saya Ucapkan Gong Xi Fa Cai Buat Mereka Yang Menyambutnya...

Assalamualaikum......

Thursday, February 25, 2010

Arrghhhh!!!!

assalamualaikum....

bila la masanya kerja-kerja ni nak habis la...
hari tu dapat kerja grafik,
pastu esok nak hantar hari khamis ni

arrghhh....dahla tak tahu langsung macam mana rupa bentuk layout perindustrian
dengan layout cadd lagi

Friday, December 25, 2009

Harap Mereka Pun Dapat Juga

DIRI ini mendokan agar mereka juga mendapat KAMSIS
MEREKA adalah antara individu yang pernah muncul dalam hidup DIRI ini
MEREKA jugalah yang berkongsi suka dan duka bersama-sama

bersama-sama menghadapi cabaran belajar
dalam mempelajari ilmu yang akan membawa perubahan kepada diri
maka dengan itu DIRI ini mengharapkan MEREKA juga dapat KAMSIS
seperti DIRI ini

DIRI ini bersyukur kerana mendapat tawaran KAMSIS
semoga DIRI ini dan MEREKA berjaya dan tabah dalam menghadapi dugaan belajar di POLIMAS


diharapkan permohonan MEREKA diterima

amin....

*MEREKA* -->SITI NASIHAH JARUDI, ADILAH MOKRI n IZZATI ISMAIL

Thursday, December 24, 2009

~~YabedaWeehhooYahooo~~

alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH
kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya
telah berjaya juga DIRI ini menamatkan penantian selama lebih kurang 5 bulan lebih dalam menjalani Latihan Industri....

akhirnya, DIRI ini berasa sungguh lega
selepas ini bermulalah pula perjalanan, penggembaraan untuk menghadapi SEMESTER yang seterusnya...
Semester akhir yang bakal memberi seribu erti...
Semester yang memerlukan seribu macam pengorbanan

semoga DIRI ini tabah dan sabar dalam menghadapinya...
Ya ALLAH berkatilah DIRI ini Ya ALLAH dalam menghadapi segala macam cubaan dan dugaanMU.....

Amin...

i wish i could have it back

selama 6 tahun kita bersama
tapi mengapa DIA meninggalkan DIRI ini
mengapa DIA pergi tanpa mengucapkan ucapan perpisahan

kini DIA telah kembali meraih perhatian DIRI ini semula
DIA telah muncul kembali dalam mimpi DIRI ini...
mengapa DIRI ini tidak boleh mendapatkan kembali DIA

adakah DIA masih wujud??
DIA yang telah banyak dicoret oleh tinta-tinta pengajarku pada dahulu kala...
DIRI ini ingin melihat DIA berada didepan mata

tapi apakan daya...
DIA tiada pengganti atau salinannya...

oh report kad sekolah agama ku
i miss u so much~~

hhihihihi...
cerita nak gempak...